Saturday, August 8, 2009

KATEGORI DANA

Dana boleh dipilih mengikut objective individu.

KATEGORI DANA

Kategori dana terbahagi kepada dana ekuiti, dana seimbang, dana bon, dana pendapatan tetap dan dana pasaran wang.

Pada amnya, untuk dikategorikan sebagai dana ekuiti melambangkan bahawa bahagian lebih tinggi aset dana akandilaburkan dalam stok/saham untuk memperoleh pertumbuhan modal bagi pemegang unit, dengan pendapatan dianggap sampingan.

Dana seimbang pula, akan memberikan tumpuan terhadap mencapai keseimbangan diantara pertumbuhan modal jangka panjang dan pendapatan dengan membuat sebahagian pelaburan di dalam stok/saham (tetapi bukan kepada takat dana ekuiti), dan sebahagian di dalam sekuriti pendapatan tetap (tetapi pada takat yang kurang daripada dana bon).

Dana bon/pendapatan tetap, pula memberi penekanan ke atas pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap supaya mendapat dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada pemegang unit, dengan pertumbuhan modal dianggap sampingan kepada proses pelaburan.

Dana pasaran wang membuat pelaburan, terutamanya di dalam debentur jangka pendek dan instrumen pasaran wang bagi menjamindan mengagihkan pendapatan tahunan kepada pemegang unit.